CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 26, 2009

xder koje + buang mase~

Sila jawab soalan-soalan di bawah ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah :
*hilang ingatan buat sementara waktu*.

2. Saya sedang mendengar :
Bunyi penghawa dingin pejabat saya.

3. Mungkin saya patut :
Melompat-lompat untuk menghilangkan mengantuk.

4. Saya suka :
Makan ketam.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
semuanya wangi

6.Saya tak faham :
Kenapa orang comel sering dicemburui.

7.Saya kehilangan :
Nenek dan datuk ketika saya bersekolah menengah.

8.Ramai yang berkata :
Saya pasti banyak hisap puting ketika kecil

9.Makna nama saya :
Anak Rasulullah s.a.w.

10.Cinta itu adalah :
Kekal untuk yang maha Esa.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Khusyuk membaca surat khabar.

12.Saya akan cuba :
Menjadi lebih baik pada hari esok.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Kekal abadi.

14.Telefon bimbit saya :
Nokia muzik cepat

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya meraba telefon bimbit untuk melihat waktu.

16.Saya paling meluat apabila :
Melihat sepasang kekasih yang berpelukan tanpa rasa malu.

17.Pesta/Parti adalah :
Tempat yang dipenuhi manusia dan makanan.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kucing jiran saya. Ha Ha Ha

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Ketika 6 tahun.Setiap kali hendak ke tadika,emak akan mandikan saya sedangkan saya masih tido di bilik air walaupon terkena air sejuk.*rindu*

20.Hari ini :
Saya pakai baju kurung bunga-bunga merah sedondon dengan warna tudung.

21.Malam ini saya akan :
Tidur awal.

22.Esok pula saya akan :
Masak ayam masak merah

23.Saya betul-betul inginkan :
Lelaki yang boleh membimbing saya.

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
"Tolong!! ada orang comel didalam tandas. Oh, itu hanyalah pantulan wajah saya di cermin tandas. Phew~ (lega)"

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Saya pilih membeli belah.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Saya pilih makanan Melayu

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bilik yang gelap. Wahaha

28.Makanan segera adalah :
Makanan yang boleh bergerak dengan pantas. Whoosh

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Yerla kot?.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Rakan-rakan saya yang rajin membaca blog saya ini

No comments:

Post a Comment