CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 6, 2009

sharing is caring..


salam...& morning...(kalo ader yg terbace time morning laa)...
bertemu lg kiter dlm rancangan.....(rancangan aper nk reka ni...??)rancangan hentam sajalaa...(da mule syok sendirik)LOL

actually xder paer pon nk update dlm blog ni..sebab biler da malas jadi makin malas...n bila rajin...lain macam rajinnya...hahah...tu laa saya...sape yg kenal...perangai tu mmg sinonim kat saya..huhu..




Juz now..saya bace blog Allahyarhamah Yasmin Ahmad..b4 this x pnh terpikir pon nk usha2 blog dia.even saya minat sumer citer2 dier..me n my fren(nani) s sgt suke karya Yasmin Ahmad..n paling ske advertisement petronas about Tan Ho Ming..x jemu2 tgk kat youtube..comel!

actually..bkn nk cter pasal Yasmin Ahmad pon dlm blog ni...tp nk share sumthing yg ader kena mengena ngan Allahyarhamah iaitu....about her parents...saya copy n paste dari blog dia...hope can with u all...it such an amazing story!!kisah benar okeh!


BAIT lagu berirama keroncong ini masih terdengar-dengar ketika meninggalkan pekarangan kediaman Inom Yon (Mak Inom), 74, dan suami tercinta, Ahmad Hashim, 75, atau lebih senang dipanggil Pak Atan.

Seketika, diri turut dibuai kelunakan suara Mak Inom mendendangkan setiap bait sambil sesekali menari di samping Pak Atan yang asyik mengalunkan irama daripada keyboard.

Suasana petang yang hangat bertukar indah dan syahdu melihat keakraban kasih sayang antara keduanya.

Sememangnya Pak Atan dan Mak Inom sentiasa dilamun cinta biarpun usia masing-masing menginjak senja. Bergelar datuk dan nenek kepada lima cucu, cinta antara keduanya tetap mencambahkan bunga kasih yang terus berkembang segar hingga kini.

Kemesraan pasangan ini bukan khayalan pengarah filem tersohor, Yasmin Ahmad semata-mata seperti yang dipaparkan dalam filem arahannya, "Rabun". Inilah keindahan sebenar yang ingin dikongsi anak sulung mereka itu bersama penonton.

Walau ada yang menjuihkan bibir, hakikat kehidupan mereka yang sentiasa mesra bagaikan teruna dara baru berjumpa tidak dapat dinafikan. Segala-galanya jelas terpapar pada wajah Mak Inom dan Pak Atan, melalui gerak geri dan panggilan mesra - ‘sayang’ dan ‘darling’ yang sering meniti di bibir.

“Beginilah kami selalunya. Lepas sama-sama memasak, uncle main keyboard, auntie pula nyanyi. Ini bukan mengada-ngada. Kemesraan ini lahir spontan daripada hati sejak awal pernikahan lagi. Mungkin bagi kebanyakan orang, kemanisan alam pengantin baru hanya sementara, tetapi kami tetap meneruskannya sehingga kini seperti mandi berdua, berjalan sambil berpegang tangan mahupun ketika tidur juga,” kata Mak Inom.

Mengakui awalnya berkahwin bukan atas dasar cinta, Mak Inom dan Pak Atan yang masing-masing baru putus tunang, akhirnya bersetuju disatukan selepas berkenalan tiga bulan kerana kasihankan nasib masing-masing.

Berpegang kepada kata-kata Hamka, cinta yang berputik daripada belas kasihan lebih berkekalan daripada cinta biasa, Mak Inom tidak ragu-ragu menerima lamaran Pak Atan. Tambahan pula perwatakan Pak Atan yang sempurna pada matanya sudah cukup membuatkan Mak Inom yang baru menamatkan pengajian selama dua tahun di Kirby, Liverpool tertawan pada guru muzik itu.

“Bagi saya ketika itu cinta tidak bermakna. Uncle sering merendahkan diri, lembut apabila berkata-kata, tidak banyak cakap dan sering memberi nasihat untuk mententeramkan perasaan saya. Dia juga pandai mengambil hati ayah yang juga menyukainya. Itu yang penting, restu ibu bapa,” katanya.

Pak Atan pula cukup tertarik dengan layanan diberikan Mak Inom. Setiap kali bertandang, dirinya dijamu dengan masakan Mak Inom yang memang handal memasak. Bagi Pak Atan, itulah kecantikan sebenar yang dicarinya selama ini.

“Kecantikan itu lahir dari hati yang suci. Kecantikan fizikal yang sering diagungkan itu tidak kekal dan jika itulah cinta, ia akan pudar bersamanya. Itulah sebabnya kemesraan hanya dikecapi ketika baru berkahwin. Selepas dua atau tiga tahun, lenyap. Suami jalan di depan, isteri di belakang. Apa salahnya berjalan berpegang tangan seperti masa bercinta dulu?

“Saya tidak kisah apa orang nak kata mengenai kemesraan yang kami tunjukkan. Ini isteri saya, suka hati sayalah nak pegang tangan dia atau nak panggil apa. Jangan terkejut kami tetap mandi berdua sehingga kini walaupun ketika berada di rumah saudara mara. Mereka pun tahu dan faham,” katanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, pasangan ini tidak menafikan mahligai yang dibina sesekali tetap dilanda badai terutama di awal perkahwinan. Bagaimanapun, sikap tolak ansur dan tidak berdendam membuatkan rumah tangga dibina kekal bahagia.

“Kalau bertengkar, kami pergi ke tepi laut supaya anak-anak di rumah tidak dengar. Kami luahkan apa yang tidak puas hati. Bila reda, baru balik. Anak anak boleh tahu kami bergaduh hanya kerana saya tidak peluk bahu isteri ketika menonton televisyen. Mereka akan kata, mak tak kawan ayah ya?,” kata Pak Atan.

Mak Inom yang kesal dengan peningkatan perceraian di kalangan pasangan hari ini, berkata sikap bertolak ansur dan memahami pasangan penting selepas berkahwin. Lumrah masa bercinta memang semua indah, tetapi bila tinggal sebumbung, baru tahu buruk baik masing-masing.

“Masa baru berkahwin memang susah sesuaikan diri. Auntie selalu merajuk terutama masa mengandung anak sulung kerana uncle sibuk bermain badminton setiap petang. Auntie luahkan perasaan benci padanya, tetapi jawapannya, tidak ada perkataan benci dalam kamus hidupnya, membuatkan auntie terdiam. Auntie sedar, kita perlu berkorban sedikit dengan menerima seadanya pasangan kita sama ada suka atau tidak kerana itulah dirinya,” katanya.

Beliau berkata, isteri perlu bijak memenangi hati suami terutama dari segi makan minumnya selain menghormatinya sebagai ketua keluarga walaupun isteri berkenaan berpangkat lebih tinggi daripada suami.

“Jika isteri tidak kisah, tidak mustahil apabila ada wanita lain yang menunjukkan kasih sayang padanya, suami akan jatuh cinta dengan wanita itu. Jangan bersikap mementingkan diri termasuk dalam bab duit. Bila suami susah, kita bantu. Jangan ada konsep duit dia, duit kita tapi duit kita, duit kita. Ini tidak betul. Menjaga kebersihan diri juga penting. Janganlah bau kencing ada dibiarkan sampai suami balik ke rumah,” katanya.

Pak Atan turut bersetuju, seorang suami inginkan wanita yang bijak menjaga kebajikan suami. Bagaimanapun, katanya suami juga perlu mengikis ego untuk mengakui kesilapan yang dilakukan pada isteri kerana isteri hanya ingin mendengar suami mengatakan ‘maaf’. Itu sudah cukup melembutkan hatinya.

Dalam hubungan ini, katanya, suami harus banyak bersabar berdepan kerenah isteri, begitu juga sebaliknya.

“Pandailah ambil hati isteri. Isteri mungkin penat selepas seharian bekerja ditambah dengan kerja rumah. Apa salahnya pada sebelah malam, sebelum tidur, suami urut badan atau kaki isteri. Seorang suami yang mengurut isterinya, akan mengalir dosa-dosa yang ada padanya melalui celah jarinya itu.

“Bantu isteri di dapur juga boleh mengeratkan hubungan. Gurau senda antara suami isteri menambah seri. Mungkin orang lain tak buat macam uncle buat. Bila balik rumah, uncle panggil auntie dengan panggilan uhu…uhu…, itu tanda uncle balik. Bila dengar suara uncle itu, auntie pun sembunyi di dapur, macam main sorok-sorok,” katanya.

Memang bertuah jika semua isteri seperti Mak Inom dan semua suami seperti Pak Atan. Sayangnya kebanyakan orang terlalu ego untuk menzahirkan kasih sayang terhadap pasangan khususnya si suami. Entah mengapa, perasaan sayang dan mengambil berat hanya terhad semasa bercinta. Kononnya bukan budaya kita menunjuk-nunjuk depan orang. Apa salahnya budaya yang baik jadi ikutan?

Lihat saja orang Barat, walaupun isterinya itu tidak secantik mana atau gemuk gedempol sekalipun, masih tetap berjalan berpegangan tangan atau memeluk pinggang isterinya. Inilah yang dikatakan cinta sejati, tidak pernah berubah walaupun dimamah usia.


p/s-saya nk cari lelaki version Pak Atan...ader x??*wink*



7 comments:

  1. susah la nk cr cmtuh zaman skrg nih *sigh*

    ReplyDelete
  2. mmg ssh...lbh2 lg kalo suma pempuan fkr "susah la nk cr cmtuh zaman skrg nih..." bunyi mcm dh putus asa je...blum cbe,dh give up..x d nafikan dlm 1000 org yg bjantina lelaki,mngkn hanya ada 1 je yg mcm tu..nape x cr yg 1 tu..mmgla amek masa,at least try.. xjmpa,nk wat cm mn..bkn jodoh kita..huhu..

    ReplyDelete
  3. hmm so far i jmpa sume yg salah
    well maybe lom ms nye lg kot tuk jmpa kn

    ReplyDelete
  4. ya...n dun ever give-up...mnkgin yg dh jmpa ni kureng tepat tuk diri sendiri,tp percayalah,ALLAH telah tetapkan ssorng untk kita,n myb dat person is the right one.. (^_^)

    ReplyDelete
  5. whoever u r
    thanks
    sometimes being single is much2 better at da moment

    ReplyDelete
  6. aku x nafikan...being single is much2 better than got someone...xdelah fkr mcm teruk sgt kn...kalo couple plak, bkn sume bahagia je...,kalo sedih bley thn lg tp kalo dh msuk bab sakitkn ati...mmg dh kene sumpah serana..hehehe..

    ReplyDelete
  7. leh la plak kita berchatting di sini ye
    ha sng2 bwk2 la jenguk blog sy ye heh =p
    k daaaaaa

    ReplyDelete